Fish Knot

Sunday, January 24, 2010

Sumber : http://www.holidaysallover.com.au
Dropper Loops

KFlemish Eye & Crimp - For Multistrand Wire


Sumber : http://www.fishingkites.co.nz
Kiwi Dropper Loop Knot
extra loop

Snell Hook 
 
 

Uni Knot


Braid Loop


How To Hook Bait

Sumber : http://www.holidaysallover.com.au


Rig For Fresh or Frozen Prawns






WORMS

 
HOPPERS

 

MINNOW 

 

CUT BAIT
 
 

SHRIMP TAIL

Fish Hook


Sumber :http://www.holidaysallover.com.au

Limerick
Is a basic straight shank hook and is not easy for a fish to throw. A good general purpose hook (like the Kendall Kirby) but has a longer shank. This type of straight shanked hook is often used trolling, because the hook doesn't spin...causing the line to twist.A good hook when used on sharp-tooth fish - with the long shank giving some protection to the line.

 

 Viking
A good general purpose hook, popular with snapper fishermen.

 

 Beak or Suicide Pattern
This one hooks fish well and suits thick-cut chunky baits it also sits better in whole fish baits like pilchards than straight shank varieties. They are also good hooks for prawns and pudding mixes... a very strong hook.

 
 Seamaster
These large offset hooks...forged for optimum strength, are popular with fishermen after big game fish...they have a brazed eye, a wide, round-forged bend and the point is often bent back towards the shank for better penetration and holding power... this is a strong hook with good holding qualities.

 

Treble
Usually fitted to lures - it looks effective, but surprisingly many fish throw trebles easier than a single hook.

Sultan Johor Mangkat

Friday, January 22, 2010

 Johor Bahru 22 Jan. - Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru malam ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.

- Utusan

AL-FATIHAH

Kisah Air Masin dan Air Tawar

Aku menerima email dari seorang sahabat yang rasanya elok di kongsikan bersama kita semua.


Kandungan email,

SUNGAI DALAM LAUT

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




 

 

 

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. 

Yo-Zuri Lures

Wednesday, January 20, 2010

Yo-Zuri Altima Series 10g Lures





 

 


Macrobrachium Rosenbergii Sungai Bernam

Tuesday, January 19, 2010

16 Januari 2010

" Bro esok pancing udang 3 org naik bot nak folo ke " bunyi sms yang aku dapat pada jam 7.49 malam dari Saiduri.

Sms dari Saiduri ini yang buat aku serba salah... sebab sebenarnya malam ini juga aku dah berjanji pada Farizal nak pergi memancing di Kolam Air Masin Batu 30 dan satu masalah lain pula.. bagaimana aku nak apply 'lesen' dari isteri aku dalam tempoh yang agak singkat!

Dah le Sabtu minggu lepas seharian aku main bowling di Endah Parade untuk kejuaraan Piala Pendaftar UPSI,  malam ini pula nak pergi memancing di Batu 30... dan besok pula seharian nak pergi memancing udang pula...mmm...payah macam ini!

Jadi aku ambil keputusan, macamana pun malam ini aku tetap akan pergi memancing dengan Farizal di Batu 30 dan sambil tu, jam 9.11 malam aku sempat sms kat Saiduri " Kejap tgh apply nie tapi payah nie tgh usaha " di mana aku memutuskan pagi besok aku akan membuat permohonan rayuan kepada isteri aku.

Keputusannya Farizal berjaya menaikkan seekor siakap dan terlepas seekor, dan aku pula terlepas seekor juga dengan pendek kata tak berjaya menaikkan ikan...kumpau lagi le tu...

17 Januari 2010
Awal aku bangun hari ini sambil membantu isteri aku membuat kerja-kerja rumah ,menghantar Syahmi  ke Stadium Proton untuk sesi latihan soccer kids dan pergi membeli sarapan pagi dan keputusannya... isteri aku memberi kelulusan dengan kadar segera. Terimakasih Isteri ku.

Jadi jam 9.00 pagi aku rumah Saiduri di mana kami mula mencari umpan (cacing) di ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sungai Sekiah bersama Joe yang mempunyai bot fiber 12 kaki panjang dan enjin sangkut jenis Yamaha 6 hp. Sambil mencangkul tanah mencari cacing, Joe memaklumkan agar memastikan cacing yang ingin dijadikan umpan haruslah cacing yang tidak terputus bagi mengelakkan ianya mati dan menyebabkan cacing yang lain busuk dan mati juga apabila ianya bercampur bersama-sama.

Jam 10.30 pagi kami mula bertolak dengan kereta Joe bersama-sama dalam kereta tu ialah Din (sepupu Joe), Saiduri dan aku. Kami sampai di Jeti Kampung Belia jam 11.30 pagi dan hasil pemerhatian warna air sungai oleh Din dan Joe.. mengatakan warna air sungai nampak cantik untuk memancing udang (warna Teh-O).


Dari Kiri : Saiduri, Din dan Joe (perhatikan bilangan joran yang dibawa oleh Joe yang dipegang oleh Saiduri )



Air pasang waktu kami menurunkan bot dari tebing Sungai Bernam

Setelah memunggah barang-barang ke dalam bot Joe, lebih kurang jam 11.30 pagi kami mula menyusur Sungai Bernam ke lubuk-lubuk udang yang telah pernah Joe dan Din memancing sebelum ini.



Lubuk yang mempunyai reba dan akar pokok

Air sungai yang mula pasang surut menyebabkan arus dibawah bergerak laju, kesesuaiannya batu ladung No. 6 adalah sesuai digunakan dengan perambut yang panjangnya sejengkal digunakan untuk memacing udang. Seeloknya juga tali utama yang digunakan hendaklah tali jenis nylon di mana tidak perlu menggunakan tali sulam kerana dikhuatiri jika tersangkut pada ranting-ranting / reba kayu akan menyebabkan kerugian kerana terpaksa memutuskannya (berbeza memancing udang di Sungai Dulang / Sungai Depap, Teluk Intan kerana 'kenakalan' ikan buntal yang akan memutuskan tali nylon). Aku menggunakan perambut yang dibuat oleh Joe dengan tekaan aku rasanya mata kail bersaiz 6 (jika dari jenis The Anglar). Umpan cacing yang digunakan hendaklah ngam-ngam saja untuk menutup keseluruhan mata kail iaitu puratanya setiap ekor boleh digunakan untuk 3 kali potongan di mana seeloknya bahagian hujung kepala dan ekor tidak digunakan iaitu hanya mencangkukkan isinya sahaja pada mata kail. Seeloknya umpan hendaklah sentiasa diperiksa dan ditukar apabila warna umpan telah hilang kemerahannya.

Jika terasa getuan yang kasar dan apabila kita mula menggulung dan terasa mula seolah-olah tersangkut.. seeloknya lepaskan tali dan biarkan seketika dan mula angkat joran secara lembut sambil menggulung tali perlahan-lahan untuk menaikkannya semula.

Perambut dan mata kail yang dibuat oleh Joe

Cuma pada kali ini dimana lubuk-lubuk yang sebelum ini yang telah menghasilkan ragutan dan tangkapan yang banyak tidak pula menjanjikan hasil yang agak lumayan. dan apabila diteliti pada udang-udang yang berjaya dipancing pada kali ini, dapat disimpulkan bawah kurangnya ragutan pada kali ini adalah kerana tempoh bersalin kulit oleh udang dan juga air surut yang sebelum ini agak banyak ke hilir dan dijangkakan air pasang besar dalam tempoh beberapa minggu ini akan membawa  semula serta menambahkan populasi udang di Sungai Bernam.




Air telah surut sewaktu pulang


Walaubagaimanapun kami semua berpuashati dengan rezeki tangkapan pada kali ini dimana jam 6.00petang kami pulang semula ke Jeti dan sampai di rumah lebih kurang jam 8.00 malam



Hasil Tangkapan Udang Gred 'B'


Udang Galah tomyam yang dimasak oleh isteri aku malam itu juga

Kesimpulannya walaupun tarikan udang tidaklah sehebat ikan namun keseronokannya adalah sukar untuk digambarkan dengan perkataan iaitu ianya hanya boleh dijelmakan melalui pengalaman memancing udang yang sebenar.

SMS Tokey Hassan

Tuesday, January 12, 2010

"Salam mai ajak kekawan tgk electric reel /big game multiplier reel sy ofer sure murah n mampu milik "

Itulah bunyi sms yang aku terima dari Tokey Fishing Tackle (Hassan) petang tadi.

Nampak gaya dalam tempoh terdekat ini terpaksa le aku bertandang ke Batu 8, Gombak untuk 'window shopping' peralatan memancing yang Hassan nak offer kali ini.

http://tokey-fishing-tackle.blogspot.com/
Untuk makluman pada rakan-rakan memancing, anda semua boleh  melayari blog Tokey Hassan seperti tertera di atas perenggan ini jika anda ingin melihat pelbagai peralatan pancing baru dan terpakai yang diimport terus dari USA dari pelbagai jenama seperti Okuma, Penn, Daiwa, Pinacle, Quantum, Tica, Shakespeare dan lain-lain.


Tokey Hassan

Semoga Tahun 2010 ini  cemerlang dan gemilang pada kita semua
                              dan untuk
Universiti Pendidikan Sultan Idris
" Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan"

Islam Perlu Bersatu (Petikan Mingguan Malaysia, 3 Januari 2010)

Thursday, January 7, 2010

Islam Perlu Bersatu


Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH sebagai hak mutlak agama ISLAM.

www.chedet.co.cc
"Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas."


"Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar."

"Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God. "

"Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?"

... di atas adalah sebahagian kupasan dari pendapat Tun Mahathir yang telah beliau sedaya upaya dan sebaik mungkin menerangkan kepada kita bagi mudah untuk kita fahami tentang isu penggunaan kalimah "ALLAH".

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog