Macrobrachium Rosenbergii Sungai Bernam

Tuesday, January 19, 2010

16 Januari 2010

" Bro esok pancing udang 3 org naik bot nak folo ke " bunyi sms yang aku dapat pada jam 7.49 malam dari Saiduri.

Sms dari Saiduri ini yang buat aku serba salah... sebab sebenarnya malam ini juga aku dah berjanji pada Farizal nak pergi memancing di Kolam Air Masin Batu 30 dan satu masalah lain pula.. bagaimana aku nak apply 'lesen' dari isteri aku dalam tempoh yang agak singkat!

Dah le Sabtu minggu lepas seharian aku main bowling di Endah Parade untuk kejuaraan Piala Pendaftar UPSI,  malam ini pula nak pergi memancing di Batu 30... dan besok pula seharian nak pergi memancing udang pula...mmm...payah macam ini!

Jadi aku ambil keputusan, macamana pun malam ini aku tetap akan pergi memancing dengan Farizal di Batu 30 dan sambil tu, jam 9.11 malam aku sempat sms kat Saiduri " Kejap tgh apply nie tapi payah nie tgh usaha " di mana aku memutuskan pagi besok aku akan membuat permohonan rayuan kepada isteri aku.

Keputusannya Farizal berjaya menaikkan seekor siakap dan terlepas seekor, dan aku pula terlepas seekor juga dengan pendek kata tak berjaya menaikkan ikan...kumpau lagi le tu...

17 Januari 2010
Awal aku bangun hari ini sambil membantu isteri aku membuat kerja-kerja rumah ,menghantar Syahmi  ke Stadium Proton untuk sesi latihan soccer kids dan pergi membeli sarapan pagi dan keputusannya... isteri aku memberi kelulusan dengan kadar segera. Terimakasih Isteri ku.

Jadi jam 9.00 pagi aku rumah Saiduri di mana kami mula mencari umpan (cacing) di ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sungai Sekiah bersama Joe yang mempunyai bot fiber 12 kaki panjang dan enjin sangkut jenis Yamaha 6 hp. Sambil mencangkul tanah mencari cacing, Joe memaklumkan agar memastikan cacing yang ingin dijadikan umpan haruslah cacing yang tidak terputus bagi mengelakkan ianya mati dan menyebabkan cacing yang lain busuk dan mati juga apabila ianya bercampur bersama-sama.

Jam 10.30 pagi kami mula bertolak dengan kereta Joe bersama-sama dalam kereta tu ialah Din (sepupu Joe), Saiduri dan aku. Kami sampai di Jeti Kampung Belia jam 11.30 pagi dan hasil pemerhatian warna air sungai oleh Din dan Joe.. mengatakan warna air sungai nampak cantik untuk memancing udang (warna Teh-O).


Dari Kiri : Saiduri, Din dan Joe (perhatikan bilangan joran yang dibawa oleh Joe yang dipegang oleh Saiduri )



Air pasang waktu kami menurunkan bot dari tebing Sungai Bernam

Setelah memunggah barang-barang ke dalam bot Joe, lebih kurang jam 11.30 pagi kami mula menyusur Sungai Bernam ke lubuk-lubuk udang yang telah pernah Joe dan Din memancing sebelum ini.



Lubuk yang mempunyai reba dan akar pokok

Air sungai yang mula pasang surut menyebabkan arus dibawah bergerak laju, kesesuaiannya batu ladung No. 6 adalah sesuai digunakan dengan perambut yang panjangnya sejengkal digunakan untuk memacing udang. Seeloknya juga tali utama yang digunakan hendaklah tali jenis nylon di mana tidak perlu menggunakan tali sulam kerana dikhuatiri jika tersangkut pada ranting-ranting / reba kayu akan menyebabkan kerugian kerana terpaksa memutuskannya (berbeza memancing udang di Sungai Dulang / Sungai Depap, Teluk Intan kerana 'kenakalan' ikan buntal yang akan memutuskan tali nylon). Aku menggunakan perambut yang dibuat oleh Joe dengan tekaan aku rasanya mata kail bersaiz 6 (jika dari jenis The Anglar). Umpan cacing yang digunakan hendaklah ngam-ngam saja untuk menutup keseluruhan mata kail iaitu puratanya setiap ekor boleh digunakan untuk 3 kali potongan di mana seeloknya bahagian hujung kepala dan ekor tidak digunakan iaitu hanya mencangkukkan isinya sahaja pada mata kail. Seeloknya umpan hendaklah sentiasa diperiksa dan ditukar apabila warna umpan telah hilang kemerahannya.

Jika terasa getuan yang kasar dan apabila kita mula menggulung dan terasa mula seolah-olah tersangkut.. seeloknya lepaskan tali dan biarkan seketika dan mula angkat joran secara lembut sambil menggulung tali perlahan-lahan untuk menaikkannya semula.

Perambut dan mata kail yang dibuat oleh Joe

Cuma pada kali ini dimana lubuk-lubuk yang sebelum ini yang telah menghasilkan ragutan dan tangkapan yang banyak tidak pula menjanjikan hasil yang agak lumayan. dan apabila diteliti pada udang-udang yang berjaya dipancing pada kali ini, dapat disimpulkan bawah kurangnya ragutan pada kali ini adalah kerana tempoh bersalin kulit oleh udang dan juga air surut yang sebelum ini agak banyak ke hilir dan dijangkakan air pasang besar dalam tempoh beberapa minggu ini akan membawa  semula serta menambahkan populasi udang di Sungai Bernam.




Air telah surut sewaktu pulang


Walaubagaimanapun kami semua berpuashati dengan rezeki tangkapan pada kali ini dimana jam 6.00petang kami pulang semula ke Jeti dan sampai di rumah lebih kurang jam 8.00 malam



Hasil Tangkapan Udang Gred 'B'


Udang Galah tomyam yang dimasak oleh isteri aku malam itu juga

Kesimpulannya walaupun tarikan udang tidaklah sehebat ikan namun keseronokannya adalah sukar untuk digambarkan dengan perkataan iaitu ianya hanya boleh dijelmakan melalui pengalaman memancing udang yang sebenar.

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog

Loading...