Trip Memancing Udang Galah di Sungai Dulang

Monday, November 16, 2009

17 November 2009 (Sabtu) / 28 Syawal 1430


Jamal, aku, abhar dan Nurulhadi (sorang dapat ngail 4-5 ekor.... tgh pikir samada lepas nie baik pergi pasar je atau ...mmmm)


Nizam dengan sepit biru (baru nak senyum..tidak senyap je tak nak cakap langsung dengan aku....)



Abhar, Nurulhadi & Penulis dengan sepit biru (kira dah dapat lesen le tu..dapat betul tu... bukan setakat syok posing)


Jam 4.45 pagi, aku, Abhar, Jamal, Nurulhadi, Joe dan Nizam mula berkumpul dan mula bertolak dari Tanjong Malim jam 5.00 pagi. Sam pula menunggu kami di simpang masuk Felda Sungai Tenggi. Kami selamat sampai jam 7.15 pagi dan bersarapan sebelum menunggu bot yang akan mengambil kami jam 8.00 pagi. Aku, Abhar, Jamal, Nurulhadi dan Nizam menaiki bot bersama Tekong, manakala Joe dan Sam menaiki bot kayu. Masing2 semua melabuhkan seorang dua joran dan setelah menunggu selama sejam, rod Nurulhadi mula dihenjut dan apabila dinaikkan seekor udang galah sepit biru mula menampakkan dirinya. Umpan yang dibawa pada kali ini terdiri dari umpun dan cacing tanah termasuk 3 bungkus umpan anak udang. Namun pada trip ini umpan cacing dan umpun jarang sangat disentuh oleh sepit biru dimana sepit biru lebih galak makan apabila umpan anak udang dihulurkan. Sepit biru yang terbesar pada trip ini hasil dari joran Abhar manakala hasil tangkapan yang terbanyak pada trip kali ini adalah ikan duri. Nizam pula berjaya mendapat ikan ketutu (sebesar 2 jari) namun dilepaskan semula. Aku juga berjaya menaikkan sepit biru namun hasil yang terkumpul dari jam 8 pagi hingga 6 petang adalah tidak memberangsangkan kecuali didominasikan hasil tangkapan ikan duri sahaja. Air pula didapati agak keruh dan sejuk didasarnya (berdasarkan pada batu ladung). Namun kami bertekad selepas ini akan kembali semula untuk menebus kekecewaan kami pada trip kali ini (lepas ni nak pergi kena bagitau bini awal lagi ..)

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog