Trip Mancing Kolam Berbayar di Pendamar, Klang

Monday, November 16, 2009

14, November 2009 (Sabtu)

Jam 8.30 pagi aku, Sukor, Hadi, Saad, Roshidi dan Khalid berkumpul dan bertolak ke Klang jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa dua jam dan kami mula memancing dari jam 11.30 pagi hingga jam 2.30 petang. Keputusannya Khalid berjaya menaikan ikan siakap merah dengan skala berat 1 kg ke atas sebanyak dua ekor, Roshidi yang berjaya mendapatkan strike 2 kali namun tiada rezeki untuk menaikkan ikan-ikan tersebut, akhirnya berjaya mendapatkan semula pelampung beliau apabila ikan jenahak (skala berat 1 kg) yang telah terlepas tersebut terbelit pula pada pelampung Sukor, Saad pula berjaya strike namun nasib juga tak memihak kepada beliau apabila terputus tali utama (kejadian sama juga menimpa kepada Khalid). Aku dan Hadi langsung tidak bernasib baik tanpa ada langsung ragutan sepanjang 3 jam memancing. Akhirnya jam 2.30 petang dalam keadaan cuaca hujan lebat kami bertolak balik ke Tanjong Malim.

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog