Ayah, Anak Dan Unta

Wednesday, April 21, 2010

Agak lama aku tak menulis dalam blog. Kesibukan kerja dan urusan-urusan harian bersama keluarga membuatkan aku tidak punyai masa untuk memperuntukannya.

Kesibukan juga membuatkan aku agak lama juga tidak memancing, malah aku telah melepaskan beberapa trip mancing laut sebelum ini

Malam ini aku paparkan suatu kisah AYAH, ANAK & UNTA
  1. Pernah diceritakan oleh seorang warga tua mengenai kisah persepsi suatu ketika dahulu. Situasi di Negara Arab yang pada ketika itu masih menggunakan Unta sebagai kenderaan dalam kehidupan seharian.
  2. Kisahnya seorang ayah mahu keluar berniaga. Maka dibawanya anak beliau bersama. Tetapi mereka hanya ada seekor unta untuk ditunggang.
  3. Si ayah merasakan wajar beliau memberi keutamaan kepada anak kerana anaknya masih kecil. Apabila mereka tiba disebuah perkampungan, penduduk mengatakan bahawa si anak itu derhaka. Sanggup si anak membiarkan ayahnya berjalan sedangkan dia duduk senang lenang.
  4. Mendengar kata-kata itu, si anak pun turun lalu memberi si ayah menunggang unta tersebut. Sekali lagi apabila mereka tiba disebuah kampung, mereka turut dikutuk dengan mengatakan si ayah kejam. Sanggup beliau menyusahkan si anak berjalan dan beliau menunggang unta.
  5. Lalu kedua-dua mereka menaiki unta tersebut. Sampai di kampung seterusnya, mereka turut dipertikaikan. Penduduk kampung mengatakan mereka tidak berperi kemanusiaan dan menyeksa haiwan terbabit.
  6. Kedua-dua lalu turun dan berjalan kaki dengan membawa unta mereka. Mereka lalu lagi di sebuah kampung seterusnya. Tetapi tindakan mereka itu tetap mendapat persepsi buruk dari penduduk tempatan. Mereka dikatakan bodoh kerana tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada. 
  7. Lalu si ayah dan anak terus menghumban unta tersebut ke dalam sungai.
  8. Cuba kita renungkan. Apakah setiap tindakan yang dilakukan oleh orang lain perlu dipertikaikan? Pernahkah kita bertanya kenapa, mengapa, apa dan bagaimana? Pernahkah kita terhenti seketika dan berfikir secara positif?
  9. Moralnya...... guna le akal fikiran kita dengan sebaik-baiknya...dan... memang dah gian nak pi mancing nie.. harap2 ada trip dalam bulan Mei nanti

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog