KAYUHAN MALAM CARI ANGIN

Monday, March 8, 2010

Jumaat 05032010 : SUCCESS!

Kayuhan malam kali ni disertai TM United bersama2 team bersekutu iaitu As-Sakinah dari KKB; semuanya 11 pengayuh telah beraksi pada malam itu. Abad, Izani, Chif Kebun dan Ujang x dapat bersama pada kayuhan ini kerana terpaksa menyelesaikan urusan negara... Kayuhan kali ni telah disertai buat pertama kali oleh saudara Saiful UPSI @Rod kembara<---yang berjaya menghabiskan kayuhan dengan penuh senyuman...

Kayuhan dimulakan dihadapan Klinik Syifa dan melalui "route" rasmi kayuhan malam.. dan pengakhirannya singgah "refill" di RnR Ulu Bernam.. pekena Mi Kari dan air dari Abad Filling Station... agak malang group As-Sakinah tidak dapat bersama kerana malam yang semakin lewat dan diorang perlu pulang untuk persediaan program kenduri esoknya...

Dipertengahan kayuhan,.. kami disertai oleh Chif Ketoyong iaitu Yamin@tukangkebun dan "side-kick"nya Ijoi... ikut dengan kereta sambil memberi kata2 semangat.. hehehe

Alhamdulillah, kayuhan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal dan InsyaAllah satu hari nanti, kami dari Tg Malim ni akan buat kunjungan balas ke KKB untuk bersama2 program As-Sakinah pula...

Statistik kayuhan : (mengikut meter ayam aku)..

Jarak : 34.5km
Purata laju : 20.3km/h
Laju Maksima : 44.7km/h
Masa Kayuhan : 1jam 38min




Di atas adalah catatan saudara Pojie yang aku paste dari blog TM Bikers.

Semuanya bermula apabila aku terima sms dari Ujang dan Ramzdan yang berbunyi " KAYUHAN MALAM  CARI ANGIN. Mlm ni (5hb Mac),100% Tarmac. Route Changkat Asa. Kumpul dpn klinik Syifa pkl 9 mlm"

So, bila aku jumpa Ramdzan selepas sembahyang Jumaat, aku terus memberi persetujuan untuk bersama-sama kayuhan malam cari angin pada malamnya nanti.

So jam 8.15 malam seperti yang telah dijanjikan Kamal telah datang kerumah aku untuk memasukkan basikal MTB aku kedalam kenderaan beliau. (Terima Kasih Kamal)

Kayuhan bermula dari Klinik Syifa dimana aku berada pada kedudukan ke-2 terakhir sambil diikuti rapat oleh Ramdzan yang sentiasa memberi tunjuk ajar cara dan teknik kayuhan yang betul sehingga pada satu peringkat aku mula berjaya mengikut rapat pengayuh yang lain.

Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi laluan hingga ke CP1(±6.4km) dan juga CP2 (±8.2km).
Di CP2 betis kiri aku mula mengalami sedikit kekejangan, namun ianya pulih setelah aku menyapu PERSKINDOL  (for relief of muscles aches and pains).

CP2 ke CP3; Permulaannya aku mula berkayuh dan berjaya menempatkan di dalam kelompok pengayuh  As-Sakinah; Kamal, Zaki serta Pojie dimana agak jauh juga kumpulan hadapan ini meninggalkan pengayuh di belakang yang terdiri dari Ramdzan, Fisol dan Bronco.... dan akhirnya pada peringkat laluan dakian panjang yang aku pun tak tahu dimana (agak gelap dimana kiri kanan kelapa sawit je), aku mula mengalah untuk membuat kayuhan dakian dan akhirnya aku terpaksa tolak basikal dalam keadaan betis aku mula merasa kekejangan dan buat sementara waktu aku cuba bertahan kerana aku tahu dibelakang aku masih ada pengayuh Ramdzan, Fisol dan Bronco. Agak lama juga aku menolak basikal dan akhirnya dari jauh aku mula nampak suluhan lampu basikal termasuk suluhan lampu kereta (Yamin@tukangkebun). Ramdzan yang menyedari aku menghadapi masalah telah memberi bantuan teknikal iaitu sentiasa memerhati dan mengajar aku menggunakan teknik dan gear kayuhan yang betul sewaktu mendaki, menurun bukit serta di jalan rata disamping Bronco dan Fisol serta Yamin@tukangkebun dan "side-kick"nya Ijoi (ikut dengan kereta) sambil memberi kata2 semangat untuk aku meneruskan kayuhan ke CP3 (±11.3km). 

CP3 ke CP4; Permulaan kayuhan agak baik kerana berjaya menghabiskan 2 botol air untuk menghilangkan penat aku dari garisan permulaan hingga CP3. Seperti biasa aku menempatkan kedudukan aku berdekatan dengan Zaki dan beberapa pengayuh dari AS-Sakinah sehinggalah sewaktu kayuhan pada dakian yang agak mencabar (bagi aku), kedua-dua peha aku mula terasa panas dan mengalami kekejangan. Pada ini aku mula mengambil keputusan untuk berhenti dan meminta bantuan dari salah seorang pengayuh As-Sakinah yang berdekatan dengan aku. Bantuan segera dibuat dengan mencurahkan air sejuk pada kedua-dua peha aku yang mula mengalami kekejangan yang mula terasa sakitnya. Curahan air kali kedua berjaya mengurangkan kesakitan kekejangan dan dengan bantuan pengayuh yang lain aku berjaya juga mengharungi kayuhan sehingga CP4 (±3.4km) dan kayuhan off-road  ke Hentian R&R Ulu Bernam.

Dan Kayuhan terakhir hingga ke Klinik Syifa berjaya diharungi walaupun gagal mengayuh iaitu sekadar menolak basikal sewaktu dakian di Jambatan Sikal (hadapan KFC)

Kesimpulannya, aku berjaya juga menghabiskan kayuhan malam cari angin (@cari pasal) dengan bantuan serta sokongan dari Pojie, Ramdzan, Fisol, Branco, Zaki, Kamal serta team As-Sakinah. Alhamdullilah.

Dan selepas ini aku akan cuba meluangkan masa bagi membuat latihan kayuhan agar dengan harapan aku berjaya mengharungi route ke Changkat Asa tanpa mengalami masalah kekejangan terutamanya sewaktu dakian yang panjang... dan paling utama aku perlu membeli secepat mungkin pants cycling yang ada padding... mmm.. sakit punggung dibuatnya kalau tak pakai padding bro..

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog

Loading...