Trip Mancing Pulau Jarak 25hb-27hb Disember 2009 Anjuran Tokey Hassan - Air Mati

Monday, December 28, 2009

"Hassan ajak pegi P.Jarak 2 hari 1 malam 25hb Krismas ada kosong 5" itulah bunyi sms yang aku terima pada 7/12/09 dari adik ipar aku Cikgu Jimi yang tinggal di Gombak.


Maka berkumpul kami semua di Petronas Sungai Besar pada 25/12/09 jam 8.00 pagi. Aku, Farizal, Khalid, Johari & Mizan (anak-anak Khalid)) dari Tanjong Malim, Abg Aziz dan Yusof dari Taman Melati, Hassan (Tokey), Cikgu Jimi, Cikgu Anis, Mad, Abg Zaki (merangkap Chef) & Zam dari Gombak akhirnya bertemu sesama kami dan memulakan salam persahabatan kami dengan sarapan pagi di Kedai Mamak Sungai Besar.

Tepat jam 9.00 pagi kami semua bertolak ke Jeti Sungai Besar dan mula memunggah barang-barang ke dalam Bot Lobster (Ah Seng) dan mula bergerak lebih kurang jam 10.00 pagi. Keadaan air yang bergelora dengan bot mula berayun kiri kanan agak kuat memaksa aku menelan sebiji lagi ubat mabuk dan untuk melegakan keadaan kami semua mula baring dan tidur (Jangkaan sampai di Pulau Jarak dalam tempoh 6-8 jam bergantung kepada keadaan ombak)



Kami mula melabuhkan mata kail setelah 4 jam kami sampai di lubuk pertama dan mula berpindah ke beberapa lubuk. Hasilnya malam tu kami makan malam berlaukkan masak lemak cili padi lauk ikan merah yang kami dapat pada hari pertama memancing. Keseluruhannya hasil pancingan hari pertama tidak memberangsangkan mungkin disebabkan tiada arus (air mati) walaupun berjaya menaikkan ikan aruan tasik, kerapu, gerut-gerut dan ikan merah. Malam tu kebanyakkan kami mula tidur awal seawal jam 11 malam di mana jam 3.00 pagi kami semua mula berhimpit-himpit disebabkan hujan yang turun agak lebat.


Hari kedua kami mula berusaha dan hasilnya Farizal mendapat seekor ikan tenggiri dengan berat 4 kg sewaktu membantu mengulung tali pancing Zam untuk berpindah lubuk lain. Hari ke-2 kami mula mendapat ikan jenahak, ikan tetanda, gerut-gerut, kerapu, alu-alu, yu bodoh. Malam tu juga jam 3 .00 pagi di atas bot agak kecoh apabila kedudukan bot mula berpusing dan ini mula membuatkan tali kami mula berbelit sesama kami di mana ada juga yang terbelit di sauh bot.



Hari ketiga kami memancing sehingga jam 10.00 pagi dan mula bertolak balik dimana sampai di Jeti jam 1.00 tengahari. Setelah siap memunggah barang-barang kami terus makan tengahari di Medan Makan Sungai Besar dan mula berpisah pada jam 3.00 petang.


Keseluruhannya walaupun berpuluh kali berpindah lubuk dengan kedalaman air 60 meter hingga 100 meter, hasil pancingan pada trip ini tidaklah memberangsangkan namun hasil pancingan telah dibahagi sama rata untuk dibawa balik dan yang paling penting kami semua selamat memancing dan selamat kembali semula. Alhamdullilah.

Aku bergambar tanpa ikan... sebab tak dapat naik ikan langsung...mmm kena mandi air bunga satu tempayan nie....

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog