Dah agak lama (rasanya lebih setahun) aku, Hadi, Abhar dan Zam tak memancing udang galah di Sungai Dulang, Hutan Melintang..
Akhirnya... Aku, Hadi, Abhar dan Zam sepakat untuk memancing udang galah di Sungai Dulang, Hutan Melintang pada 27 Januari 2013 bersamaan 15 Rabiul Awal 1434H.
Seminggu sebelum tarikh memancing aku hubungi Abang Musa di Sungai Dulang untuk menempah bot memancing untuk tarikh 27 Januari 2013.
Kami semua sepakat untuk mula berkumpul pada jam 4 pagi dan tayar golek jam 4.30 pagi dan sampai di Hutan Melintang jam 7.15 pagi.
Kami bersarapan dahulu di kedai Haji dan juga membeli 8 bungkus nasi lemak serta sedikit kuih sebagai bekal sepanjang hari nanti.
Kos sewa bot sebanyak RM140.00 manakala umpan udang satu bungkus RM2.00.
Masa memancing yang ditetapkan adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 6 petang.
Lesen Pertama dari Abhar
Hadi... lesen
Juragan Abhar
Zam... akhirnya dapat lesen
Pindah lubuk
perghhh...
rileksss
rileksss sangat la pulak..
Bini mintak lapor diri
Alhamdulillah... rezeki Allah .. mata kail sangkut kat sepit
Senyum lebar...
Zam dengan hasil tangkapan last minute
Punggah turun dari bot...
Sebelum balik kami mandi dan sampai di Tanjong Malim jam 10.00 malam.
Malam tu isteri aku masak sebahagian udang dengan hanya merebus sahaja.. besoknya buat tomyam... lusa masak pedas ... dan hari nie last sekali masak tomyam...Alhamdullilah..
Kawan-kawan aku?... sama le jugak.. ada yang buat panggang.. ada masak pedas.. ada yang masak lomak cili padi agaknya.. yang pastinya... nanti bila teringin semula nak merasa jinggo sungai dulang.. kena le buat trip lagi !!!