Trip Mancing Pulau Jarak 25hb-27hb Disember 2009 Anjuran Tokey Hassan - Masakan Atas Bot

Wednesday, December 30, 2009

Waktu bersarapan di Kedai Mamak sebelum kami menaiki bot, Hassan (Tokey) telah mengenalkan kepada kami Abang Zaki selaku Chef di atas Bot sepanjang trip mancing kami kali ini.
Hari Pertama
Ikan Kembung Masak Tepung (Resipi Khas Abang Zaki)
Gulai Ikan Merah Lemak Cili Padi
Gulai Ikan Asam Pedas 

Hari Kedua
Mee Goreng
Gulai Ikan  Tenggiri Lemak Cili Padi

Hari Ketiga
Mee Goreng


Ikan Kembung Goreng Tepung.(resipi khas Abang Zaki) .. ummphhhh .... kena makan waktu panas..Aku gerenti kalau sesapa makan mesti nak dan nak dan nak makan lagi



Masak lemak cili padi ikan merah (hari pertama) dan ikan tenggiri (hari kedua)... licin daa... senang basuh kuali dan periuk

Trip Mancing Pulau Jarak 25hb-27hb Disember 2009 Anjuran Tokey Hassan - Bot Lobster (Ah Seng)

Monday, December 28, 2009



Bahagian Kemudi Bot serta ruang lapang yang selesa untuk tidur sehingga 12-14 orang serta sembahyang dan di bawah pula ada kemudahan mandi air tawar untuk tempoh trip 3 hari 2 malam


Ruang rehat dan tidur


Generator akan dibuka dari jam 7 malam hingga 6 pagi, bot terang dengan lampu yang cukup  (Boleh cas handphone jika perlu)

 
 Bahagian tepi bot yang lebar dan selesa (setiap pemancing disediakan kerusi duduk plastik)


Bahagian belakang bot, ada tandas yang selesa serta tong air bersih yang secukupnya


Kemudahan untuk kabel kekili bangla (mesin eletrik) dan rod holder disediakan dengan secukupnya


Trip Mancing Pulau Jarak 25hb-27hb Disember 2009 Anjuran Tokey Hassan - Air Mati

"Hassan ajak pegi P.Jarak 2 hari 1 malam 25hb Krismas ada kosong 5" itulah bunyi sms yang aku terima pada 7/12/09 dari adik ipar aku Cikgu Jimi yang tinggal di Gombak.


Maka berkumpul kami semua di Petronas Sungai Besar pada 25/12/09 jam 8.00 pagi. Aku, Farizal, Khalid, Johari & Mizan (anak-anak Khalid)) dari Tanjong Malim, Abg Aziz dan Yusof dari Taman Melati, Hassan (Tokey), Cikgu Jimi, Cikgu Anis, Mad, Abg Zaki (merangkap Chef) & Zam dari Gombak akhirnya bertemu sesama kami dan memulakan salam persahabatan kami dengan sarapan pagi di Kedai Mamak Sungai Besar.

Tepat jam 9.00 pagi kami semua bertolak ke Jeti Sungai Besar dan mula memunggah barang-barang ke dalam Bot Lobster (Ah Seng) dan mula bergerak lebih kurang jam 10.00 pagi. Keadaan air yang bergelora dengan bot mula berayun kiri kanan agak kuat memaksa aku menelan sebiji lagi ubat mabuk dan untuk melegakan keadaan kami semua mula baring dan tidur (Jangkaan sampai di Pulau Jarak dalam tempoh 6-8 jam bergantung kepada keadaan ombak)



Kami mula melabuhkan mata kail setelah 4 jam kami sampai di lubuk pertama dan mula berpindah ke beberapa lubuk. Hasilnya malam tu kami makan malam berlaukkan masak lemak cili padi lauk ikan merah yang kami dapat pada hari pertama memancing. Keseluruhannya hasil pancingan hari pertama tidak memberangsangkan mungkin disebabkan tiada arus (air mati) walaupun berjaya menaikkan ikan aruan tasik, kerapu, gerut-gerut dan ikan merah. Malam tu kebanyakkan kami mula tidur awal seawal jam 11 malam di mana jam 3.00 pagi kami semua mula berhimpit-himpit disebabkan hujan yang turun agak lebat.


Hari kedua kami mula berusaha dan hasilnya Farizal mendapat seekor ikan tenggiri dengan berat 4 kg sewaktu membantu mengulung tali pancing Zam untuk berpindah lubuk lain. Hari ke-2 kami mula mendapat ikan jenahak, ikan tetanda, gerut-gerut, kerapu, alu-alu, yu bodoh. Malam tu juga jam 3 .00 pagi di atas bot agak kecoh apabila kedudukan bot mula berpusing dan ini mula membuatkan tali kami mula berbelit sesama kami di mana ada juga yang terbelit di sauh bot.



Hari ketiga kami memancing sehingga jam 10.00 pagi dan mula bertolak balik dimana sampai di Jeti jam 1.00 tengahari. Setelah siap memunggah barang-barang kami terus makan tengahari di Medan Makan Sungai Besar dan mula berpisah pada jam 3.00 petang.


Keseluruhannya walaupun berpuluh kali berpindah lubuk dengan kedalaman air 60 meter hingga 100 meter, hasil pancingan pada trip ini tidaklah memberangsangkan namun hasil pancingan telah dibahagi sama rata untuk dibawa balik dan yang paling penting kami semua selamat memancing dan selamat kembali semula. Alhamdullilah.

Aku bergambar tanpa ikan... sebab tak dapat naik ikan langsung...mmm kena mandi air bunga satu tempayan nie....

Jadual Air / Tide Chart 2010

Tuesday, December 22, 2009


Petua Mabuk Laut

Monday, December 21, 2009

  1. Gula-gula yang ada rasa masam biarkan sentiasa berada dalam mulut untuk mengelak tekak tidak kering.
  2. Mengelak daripada terus mendedahkan diri di bawah bahang panas matahari dalam tempoh yang lama.
  3. Makan Cengkih
  4. Memakan buah-buahan masam yang mengandungi banyak air supaya badan sentiasa berada dalam keadaan lembap dan berair selain daripada berpeluh.
  5. Antara petua terbaik demi menjaga keselamatan, anda dinasihatkan tidak membongkok di bibir bot dengan menghulurkan kepala keluar ketika melepaskan muntah. Perbuatan ini sangat berbahaya kerana risiko anda boleh terhumban ke laut sangat besar dalam keadaan kawalan diri anda yang sudah tidak menentu atau tidak seimbang itu.
Pautan : http://abusamah.com/fishing/2008/03/08/petua-mabuk-laut/

Cerita Lama, Trip Memancing ke Taman Negara Kuala Koh - Trip Pertama

Thursday, December 17, 2009

Tahun 2007 (Cuti Tahun Baru Cina)








Selesai Memunggah Barang-barang Kedalam Bot Jam 8.30 pagi



 

Ikan Kelah yang berjaya di pancing oleh Saad

Menjaring di Sungai Inki, Hulu Bernam

16 Disember 2009


Sempat lagi bergambar sebelum menjaring

Semalam aku mendapat tahu Faizul, Hazman dan kawan-kawannya telah merancang untuk menjaring di Sungai Inki, Hulu Bernam selepas habis waktu kerja. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan disini menunjukkan stok ikan air tawar seperti lampam & talipia dengan purata badan selebar 2-3 jari masih ok lagi di Sungai Inki, Hulu Bernam






Cerita Lama, Trip Mancing Tenggiri di Yan

21hb Jun 2008


Pengalaman memancing tenggiri di unjam / tuas bersama Abhar, Farizal, Nizam, Rizal & Adam telah memperolehi hasil pancingan yang tidak seberapa iaitu hanya berjaya menaikkan 1 ekor tenggiri, 3 ekor belitung, 1 ekor todak dan berpuluh ekor ikan kecil.


Cara penggunaan perambut untuk kaedah casting dimana umpan seekor ikan kembung untuk menjerat tenggiri Yan








Antara Hasil Tangkapan Kami

Pertandingan Memancing Kolam Air Masin Batu 30, Batang Kali

Wednesday, December 16, 2009


Peta & Panduan Taman Negara Kuala Koh


Siri Mancing Kolam Air Masin Berbayar Batang Kali

Thursday, December 3, 2009

2 Disember 2009 (Rabu)
Peluang yang tidak disangka-sangka... ceritanya begini, semalam adik beradik isteri aku (dari Kedah) datang berkunjung kerumah kami lewat petang, tapi semuanya yang datang tu adalah perempuan.Tanpa bertangguh aku pun mengambil kesempatan untuk memohon LESEN MEMANCING (sepatutnya ikut prosedur 14 hari waktu bekerja) dengan kadar segera dari bini aku...seperti diduga permohonan tersebut telah di luluskan tanpa apa-apa syarat.



Gambar Sebelah : Kesian kat Abhar tu... tak boleh memancing...pantang 9 bulan (Farizal gelak kat dia le tu)
















So aku pun sms kat Azahari, Megat dan Farizal. Cuma Farizal je yang membalas ajakan aku untuk pergi memancing di Kolam Air Masin Batu 30. Jam 9.15pm kami bertolak dengan diikuti oleh Abhar (pergi ikut untuk tengok je) dan mula memancing jam 10.20pm. Keputusannya aku berjaya menaikkan seekor ikan siakap dengan skala berat 800gram setelah 2 jam memancing dengan kaedah 'parking' berumpankan udang mati yang dikopek.


Ikan Siakap 800 gram dengan joran Ugly Stick kekili Ryobi, Tali Nylon 15 paun, Mata Kail Gamakatsu No. 2 (tu le ikan aku dapat setelah 4 kali memancing sebelum nie hampeh je)

Siri Mancing Kolam Air Masin Berbayar di Green Paradise Rawang

Tuesday, December 1, 2009

30 November 2009 (Isnin)

Member aku, Sukor bersama kawannya  telah melepaskan gian memancingnya dengan memancing di Kolam Air Masin Green Paradise dari jam 11 pagi hingga 3 petang, Hasilnya hanya beliau sahaja yang berjaya menaikkan seekor ikan siakap dengan skala berat 1.5kg dengan menggunakan kaedah casting berumpankan udang mati

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

BORANG MAKLUMAT

NAMA PENUH
ALAMAT
NO. TELEFON
SILA PILLIH
MAKLUMAT TAMBAHAN
ALAMAT EMAIL:

This form powered by Freedback

Search This Blog